♥ RENUNGAN ♥

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Visitors ♥

Thursday 23 February 2012

0
Komen
Takkan Mendua :')


Err. Harini aku kerja macam biase lah. Tapi rasa kekok sikit la harini. Kenapa ek ? Hmm. Kenapa kau datang balik ?? Aku taknak pandang sape-sape lagi. Tapi kau muncul balik. Kenapa ? Ya Allah, jaga lah hati aku ni, jangan sampai buat hal yang tak diingini lagi macam dulu. Pleaseee :'( Aku dah terlalu sayangkan Wazzi, aku taknak kecewakan dia untuk kali yang kedua. Cukup lah dulu aku buat dia merana, aku taknak ulang lagi hal yang sama. Tolong, Allah. Jangan pisahkan kami  lagii :'( 

p/s : Wazzi, kalau kau baca entri ni, aku nak kau tau aku takkan buat hal lagi, aku dah terlalu sayangkan kau. Love youu.
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Tuesday 21 February 2012

0
Komen
A Few Pictures :D


Hai korang. Malam ni terasa nak share gamba sikit lah. Bosan, hee, jum jum tengukk ;)
Opps, sorry, lupa nak cakap, for anyone yang taknak tengok just tutup mate or pegi bukak tab lain okeyy. Sebarang kutukan langsung tidak diterima di sini. Terima kasih ! ;)






p/s :   ;)
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Monday 13 February 2012

0
Komen
Glad VS Upset !









Harini hari campur buat aku. Ade rase gembire, ade rase sedih. Hmm, yang gembirenye, aku dah dapat keje dah. Best tak terkate sebab aku bakal jadi cashier jap lagi. Memang dah lame aku nak jadi cashier tu. At the end dapat jugak, Alhamdulillah : ). Yang sedih nye, baru first day aku nak keje, handset aku pulak tetibe buat hal. Perhh, menyirap pulak aku tengok. Ingatkan nak buat 2 keje dalam 1 mase, bak kate pepatah "sambil menyelam minum air" wahh da macam essay dah ni. Ape-ape pun, aku nak share cerite siket kat korang pasal ape yang terjadi kat aku harini. Ni bukan statement curahan hati eh. Okay nak start cerite ni. Bangun pagi je aku tengok line handset aku langsung takde. Mule-mule takde rase takut sangat sebab ingatkan memang line takde atau bak kate omputeh "network busy". Yela, aku faham, biase kalau ad perayaan ke, atau hari-hari tertentu mesti line busy jek kan ? Harini pulak hari Valentine, tu yang aku ingat memang line maxis buat hal. Yang buat aku takut, time aku nak cek amount baki, loading dia kemain lame lagi. Pastu terus aku amek handset lain, try call number aku. Tetibe dia cakap "MAAF, NOMBOR YANG ANDA DAIL, TIDAK DAPAT DIHUBUNGI. SILA CUBA SEBENTAR LAGI." Wah time tu, risau tahap cipan laa ! Nasib baik la ade spare handset kat rumah ni. Cokia pon cokia laa. Kalau takde, tak dapat la aku nak bertexting. Bhaha, bahase ape tuu ? Huh, dalam tengah risau-risau tu, aku rase lega jugak bile mak aku cakap camni, "Nanti petang betulkan laa" Bhaha, best jek aku dengar ayat tu. Hihi, thanks mum ! : D Love you lahh !
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Sunday 12 February 2012

0
Komen
Balasan Orang Yang Meninggalkan Sembahyang

Dosa & Balasan Orang Yang Meninggalkan Sembahyang






SUBUH : Allah mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
ZOHOR : Dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam.
ASAR : Dosanya sama seperti ia meruntuhkan Ka'bah (rumah Allah)
MAGHRIB : Dosanya sama seperti ia berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
ISYAK : Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini (bumi Allah) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak-geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah SWT.
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

0
Komen
Tanda Sebelum Sakaratulmaut


TANDA-TANDA SEBELUM SAKARATULMAUT
(Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati)




  • Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

  • Tanda 40 hari sebelum hari kematian.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

  • Tanda 7 hari sebelum kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

  • Tanda 3 hari sebelum kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

  • Tanda 1 hari sebelum kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

  • Tanda akhir sebelum kematian
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahualam.







"Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan pada kebenaran dan yang berpesan-pesan pada kesabaran."      - Surah al-'Asr
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Sunday 5 February 2012

0
Komen
Surat Dari Syaitan

Ayat kat bawah sekali tu yang buat tak sanggup nak simpan tanpa forward tu. Baca lah sampai habis wahai sahabat

Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir. Sebenarnya surat ini hampir membuat ku gila saat aku membacanya tapi aku harus sebarkan kerana terdapat catatan kecil dibawahnya.

SURAT DARIPADA SYAITAN :

Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu, 
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu.
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "BISMILLAH" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ke tempat tidurmu.
Kau benar-benar orang yang bersyukur, aku menyukainya.
Aku tidak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai bodoh, kau milikku !
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama.
Dan aku masih belum benar-benar mencintaimu.
Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah. (astaghfirullah)
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari syurga dan aku tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya.
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu di hari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita boleh bersama dan ini akan menyakiti hati Allah.

Aku benar-benar berterima kasih padamu kerana aku sudah menunjukkan kepadaNya siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa-masa yang kita jalani.
Kita menonton filem "porno" bersama-sama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangnya, bergosip, menghakimi orang, menikam orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai masjid, berperilaku buruk.
Tentunya kau tidak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, hai si bodoh, kita terbakar bersama-sama, selama-lamanya.
Aku masih memiliki rencana hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu.
Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampri semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi  dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini depan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak.
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali dalam beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh,.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik di mata Allah.

CATATAN : Jika kau benar-benar menyayangiku, kau takkan memberisurat ini kepada sesiapa pun.
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Sunday 29 January 2012

0
Komen
Biar Betul Weyh ?

Hai korang ! Hee dah lame gile tak mengupdate new entry lah =). Mood aku happy sangat-sangat harini. Happy sangat tau tak ? Haha, dah mule gile. Jap eh aku nak cite something kat korang ni, pasal budak ni :




Hee, hensem takk ? Gedik kann ? Harini hari paling susah aku nak lupekan. Malam tadi kitorang skyping sampai pukul 4 lebih. Haih bia betul ?? Tak penah-penah aku tido lewat sangat camtu tau tak ? Tapi, seteruk-teruknye mata aku bengkak pagi tadi melayan skype dengan dia, hati aku happy sangat-sangat. Hee aku rase hubungan kitorang dah nak macam dulu dah. Alhamdulillah, aku rase menyesal sangat buat dia dulu camtu, tu sebab aku nak tebus balik perbuatan aku dulu. Aku harap hubungan kite akan terus camni k ? Tapi aku tak tahu sama ada betul ke tak keputusan yang aku buat ni. Argggghh, sooo messy !
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...