♥ RENUNGAN ♥

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Visitors ♥

Saturday 14 January 2012

0
Komen
Kerja Oh Kerja -,-


Alhamdulillah, hari ni tarikh paling best la. Tau tak nape ? Baru dapat keje woo. Hee, best sangat-sangat. InsyaAllah aku akan keje sebaik mungkin =). Walaupun keje dia tak banyak gaji sangat, tak kesah la kan ? Lagi pun bukan aku terdesak sangat nak keje. Cuma nak rase pengalaman keje je. Tak penah kot keje kat mana-mana sebelum ni. So harapan aku kali ni nak sangat keje ikot arahan bos. Taknak buat dia marah aku. Takot woo. Kakak aku penah cakap, kalau keje kat sane, kau kene tahan bau ayam tu. Mula-mula memang la sedap bau dia. Tapi bila kau dah lame keje situ, hah amekaw bau dia MUAK gilaa =D. Ape-ape pun aku tak kesah, janji bukan keje selame-lamenye kat situ. Tingin jugak nak ade keje, kawan-kawan aku semuanya dah ade keje sendiri. So kali ni aku takde la terpinga-pinga lagi kat mana nak cari keje kan ? Ape-ape pun, aku nak cite sikit lah kan. Mula-mula aku dah dapat keje dah kat 7Eleven. Tapi mak aku pulak tak bagi. Dia kata jalan nak pergi sana sesak. So, takde la peluang aku nak keje kat 7E lagi. Hampa jugak =(. Tapi aku tetap kene ikot cakap mak aku sebab dia yang bawak aku pegi & balik keje. Lagi pun aku taknak susahkan hati dia, aku paham perasaan dia. Ok lah takpe. Lepas tu, kitorang fikir-fikir balik, kat tempat kakak aku ade keje kosong. Tapi keje kilang lah. Mula-mula aku taknak, tapi bile dah tau gaji dia, terus aku bersuara cakap "NAK !". Haha. Tu yang petang tu kakak aku bawak aku pegi kilang dia, bukan nak terus mintak keje, nak kenal kat mane kilang tu je. Ape yang ade kat fikiran aku mase tu, aku akan keje kat kilang tu. Tu je aku fikir. But suddenly, aku dapat calling dari AYAMAS. Tuptup dia suruh datang interview kat sana. Aku ape lagi, terus cakap ngan mak aku balik. So yang pasti aku akan keje kat sana.

MOOD : Alhamdulillah =)








/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...