♥ RENUNGAN ♥

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Visitors ♥

Tafsir Mimpi Menurut Islam


Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku. Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.

Tafsir Mimpi Mengikut Islam.

  • Mimpi berkaitan peristiwa atau kejadian.
  • Bermimpi menunaikan solat (alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan di akhirat).
  • Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji (alamatnya dosa anda akan diampunkan di dunia dan akhirat.
  • Bermimpi memasuki Masjidil Haram atau melakukan tawaf di Baitullah (alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat) dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan (ia akan segera sembuh).
  • Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah (anda akan berasa sukacita dan aman bahagia).
  • Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca Quran di rumah anda (alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan).
  • Jika bermimpi membaca Quran dengan suara yang lanjut (alamatnya panjang usia anda).
  • Jika bermimpi berpuasa (alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berbakat besar).
  • Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud (alamatnya anda akan bertapa).
  • Bermimpi sembahyangkan jenazah (memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat)
  • Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala (menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain)
  • Bermimpi diri atau rumah anda terbakar (menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat.
  • Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan (alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira)
  • Jika bermimpi melihat jalan yang lurus (memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala).
  • Jika bermimpi melihat jalan ke pekan (memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar).
  • Jika bermimpi melihat jalan yang sempit (alamatnya anda akan mengalami kesukaran).
  • Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda (alamatnya rumah anda terpelihara daripada sebarang kejahatan).
  • Bermimpi mengenai anak panah (menandakan anda akan mendapat surat).
  • Bermimpi diri dipanah orang (alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang).
  • Bermimpi memanah kayu (menandakan akan berlaku kematian).
  • Bermimpi bermain besi (memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan).
  • Bermimpi bermain dengan senjata (manandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan).
  • Bermimpi mengenai permata (membawa petanda bahawa anda akan mendapat harta atau kenaikan pengkat).
  • Bermimpi memakai gelang perak di kaki (alamatnya anda akan mendapat kebajikan).
Copied from Halaqah.net


                                                              ♥ MA'AS-SALAMA ♥

/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...