♥ RENUNGAN ♥

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Visitors ♥

Pelbagai Tips

NAIKKAN BERAT BADAN :

  • Makan ayam setiap 2 hari.
  • Makan coklat setiap hari.
  • Makan aiskrim selang sehari.
  • Minum susu coklat selalu.
MELAZATKAN AIR SUAM :

  • Ketika anda memasak air, letakkan beberapa helai daun pandan (bergantung kepada isi padu air) ke dalam cerek air yang hendak dimasak. Setlah dimasak air tersebut akan lebih wangi dan sedap apabila diminum
HILANGKAN BAU KETIAK :

  • Gosokkan kulit limau ketika mandi. Lama kelamaan akan hilang.
WANGIAN KERETA :

  • Daun pandan : Ambil beberapa helai daun pandan segar, letakkan di bawah kerusi atau mana-mana tempat (yang tidak menyemakkan mata). Bila daun ini sudah kelihatan kering dan tidak mengeluarkan bau lagi, tukarkan kepada daun baru.
  • Sabun Dove : Sabun pembersih muka ini juga boleh dipergunakan sebagai pewangi kereta. Beli sabun ini (dalam bentuk sabun buku, bukan tiub) dan letakkan di mana-mana bahagian dalam kereta. Sebaik-baiknya di ruang terbuka. Kalau nak kelihatan cantik, letakkan sabun ini dalam net. Baunya lembut dan tahan lama.
HILANGKAN ANGIN DALAM BADAN :

  • Bagi bayi : Letakkan sebiji lada hitam dalam pusat bayi tu, InsyaAllah, kembung perut tadi akan pulih.
  • Bagi dewasa : Sapu minyak yang berangin dan pastikan anda berada di luar kawasan (dikhuatiri akan menderma angin pada orang lain).
HILANGKAN SAKIT PERUT (disebabkan makanan dan minuman)

  • Bagi bayi : Minyak telon atau minyak angin cina (cap Yu Yee).
  • Bagi dewasa : Tuam pakai  tuala panas atau sapu apa-apa minyak angin.
UBATI ASTHMA :

  • Makan hati unta 
  • Makan sup sarang burung
  • Kurangkan makan cold-stuff (sayur menjalar dan aiskrim)
ELAKKAN SAKIT MENTAL :

  • Positif thinking
  • Selalu membaca al-Quran
HILANGKAN LEBAM :

  • Tuamkan dengan air panas. Lama kelamaan bahagian lebam akan menjadi biru dan akhirnya hilang.
HILANGKAN BISUL :

  • Ambil daun semalu dan tumbukkan sehingga lumat kemudian sapukan di bahagian bisul tersebut.
CARA UNTUK JAGA MATA :

  • Setiap kali dengar azan, rendam kepala dalam kolah (kalau ada) dan tekan kedua ibu jari (tangan pada kelopak mata. (InsyaAllah mata kita akan terang (kira tak rabun @ dapat kurangkan kerabunan) - buat ini sehingga azan habis.
CARA UNTUK MENYEJUKKAN MATA :

  • Jika mata letih melihat komputer, maka hendak merehatkannya dengan mengambil daun Aloevera (lidah buaya) - ambil cecairnya dan sapu sedikit pada kedua-dua kelopak mata kemudian pejamkan mata. Dalam setengah jam, kemudian cuci kelopak mata.
p/s : For more info, please visit this website http://khasiat.blogspot.com/2005/10/pelbagai-petua.html


                                                                    ♥ MA'AS-SALAMA ♥

    />
    ツ THANK YOU FOR READING ツ

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...