♥ RENUNGAN ♥

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Visitors ♥

Monday 13 February 2012

0
Komen
Glad VS Upset !









Harini hari campur buat aku. Ade rase gembire, ade rase sedih. Hmm, yang gembirenye, aku dah dapat keje dah. Best tak terkate sebab aku bakal jadi cashier jap lagi. Memang dah lame aku nak jadi cashier tu. At the end dapat jugak, Alhamdulillah : ). Yang sedih nye, baru first day aku nak keje, handset aku pulak tetibe buat hal. Perhh, menyirap pulak aku tengok. Ingatkan nak buat 2 keje dalam 1 mase, bak kate pepatah "sambil menyelam minum air" wahh da macam essay dah ni. Ape-ape pun, aku nak share cerite siket kat korang pasal ape yang terjadi kat aku harini. Ni bukan statement curahan hati eh. Okay nak start cerite ni. Bangun pagi je aku tengok line handset aku langsung takde. Mule-mule takde rase takut sangat sebab ingatkan memang line takde atau bak kate omputeh "network busy". Yela, aku faham, biase kalau ad perayaan ke, atau hari-hari tertentu mesti line busy jek kan ? Harini pulak hari Valentine, tu yang aku ingat memang line maxis buat hal. Yang buat aku takut, time aku nak cek amount baki, loading dia kemain lame lagi. Pastu terus aku amek handset lain, try call number aku. Tetibe dia cakap "MAAF, NOMBOR YANG ANDA DAIL, TIDAK DAPAT DIHUBUNGI. SILA CUBA SEBENTAR LAGI." Wah time tu, risau tahap cipan laa ! Nasib baik la ade spare handset kat rumah ni. Cokia pon cokia laa. Kalau takde, tak dapat la aku nak bertexting. Bhaha, bahase ape tuu ? Huh, dalam tengah risau-risau tu, aku rase lega jugak bile mak aku cakap camni, "Nanti petang betulkan laa" Bhaha, best jek aku dengar ayat tu. Hihi, thanks mum ! : D Love you lahh !
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...