♥ RENUNGAN ♥

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Visitors ♥

Sunday 29 January 2012

0
Komen
Biar Betul Weyh ?

Hai korang ! Hee dah lame gile tak mengupdate new entry lah =). Mood aku happy sangat-sangat harini. Happy sangat tau tak ? Haha, dah mule gile. Jap eh aku nak cite something kat korang ni, pasal budak ni :




Hee, hensem takk ? Gedik kann ? Harini hari paling susah aku nak lupekan. Malam tadi kitorang skyping sampai pukul 4 lebih. Haih bia betul ?? Tak penah-penah aku tido lewat sangat camtu tau tak ? Tapi, seteruk-teruknye mata aku bengkak pagi tadi melayan skype dengan dia, hati aku happy sangat-sangat. Hee aku rase hubungan kitorang dah nak macam dulu dah. Alhamdulillah, aku rase menyesal sangat buat dia dulu camtu, tu sebab aku nak tebus balik perbuatan aku dulu. Aku harap hubungan kite akan terus camni k ? Tapi aku tak tahu sama ada betul ke tak keputusan yang aku buat ni. Argggghh, sooo messy !
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Saturday 14 January 2012

0
Komen
Kerja Oh Kerja -,-


Alhamdulillah, hari ni tarikh paling best la. Tau tak nape ? Baru dapat keje woo. Hee, best sangat-sangat. InsyaAllah aku akan keje sebaik mungkin =). Walaupun keje dia tak banyak gaji sangat, tak kesah la kan ? Lagi pun bukan aku terdesak sangat nak keje. Cuma nak rase pengalaman keje je. Tak penah kot keje kat mana-mana sebelum ni. So harapan aku kali ni nak sangat keje ikot arahan bos. Taknak buat dia marah aku. Takot woo. Kakak aku penah cakap, kalau keje kat sane, kau kene tahan bau ayam tu. Mula-mula memang la sedap bau dia. Tapi bila kau dah lame keje situ, hah amekaw bau dia MUAK gilaa =D. Ape-ape pun aku tak kesah, janji bukan keje selame-lamenye kat situ. Tingin jugak nak ade keje, kawan-kawan aku semuanya dah ade keje sendiri. So kali ni aku takde la terpinga-pinga lagi kat mana nak cari keje kan ? Ape-ape pun, aku nak cite sikit lah kan. Mula-mula aku dah dapat keje dah kat 7Eleven. Tapi mak aku pulak tak bagi. Dia kata jalan nak pergi sana sesak. So, takde la peluang aku nak keje kat 7E lagi. Hampa jugak =(. Tapi aku tetap kene ikot cakap mak aku sebab dia yang bawak aku pegi & balik keje. Lagi pun aku taknak susahkan hati dia, aku paham perasaan dia. Ok lah takpe. Lepas tu, kitorang fikir-fikir balik, kat tempat kakak aku ade keje kosong. Tapi keje kilang lah. Mula-mula aku taknak, tapi bile dah tau gaji dia, terus aku bersuara cakap "NAK !". Haha. Tu yang petang tu kakak aku bawak aku pegi kilang dia, bukan nak terus mintak keje, nak kenal kat mane kilang tu je. Ape yang ade kat fikiran aku mase tu, aku akan keje kat kilang tu. Tu je aku fikir. But suddenly, aku dapat calling dari AYAMAS. Tuptup dia suruh datang interview kat sana. Aku ape lagi, terus cakap ngan mak aku balik. So yang pasti aku akan keje kat sana.

MOOD : Alhamdulillah =)








/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Friday 13 January 2012

0
Komen
Hampir Ke Kemuncak !






Firstly, aku nak ucapkan Alhamdulillah. Nak tau sebab ape ? Cer tengok hari ni hari ape ? Sorry, salah cakap, bukan tengok hari, tapi tengok tarikh hari ni. 13 Januari dah ?? Maknanya aku ngan dia dah 9 bulan dah, Alhamdulillah =). Rasenye aku taknak cakap bebanyak lah kat sini, sebab kalau aku terlalu banyak luah nanti, korang menyampah pulak kan ? Thats why lah entri aku kali ni sikit je, tak macam entri biasa aku buat. Selalu bukan main panjang kan ? Ni sikit je, taknak over sangat, takot ramai yang meluat jee. Okay, papepun terima kasih sebab dah baca entri ni, nanti kalau ada umur lagi, kita continue story lagi k ? Night all bloggers -,-
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Monday 9 January 2012

0
Komen
Survey Project


Asslamualaikum.
Hari ni terasa nak menulis entri lah. Dah lame tak create new entry. So aku nak story sikit lah pasal ape yang aku dah lalui hari ni. Tadi aku baru je pergi survey cari kerja. Al maklum lah, baru je habis sekolah kan ? Member-member aku ramai yang dah kerja. Jealous je bila dengar dorang dah ada kerja dorang sendiri. Lagi-lagi yang dah ada lesen motor, keta, wah makin jealous dengar. Nasib baik lah kak Wahida sudi nak tolong aku cari kerja together-gether. Whoa best time tu, rata kitorang merayau. Mula-mula mintak kat Caltex, ala dekat-dekat ngan kubur Bukit Katil tuu. Yang budak Melaka tau lah kat mane Bukit Katil tu, yang budak bukan negeri aku, pandai-pandai la korang yee, hehe. Sorry gurau je. Takde ayat lagi lah, saje nak memenuhkan ruang entri aku ni. Eh ! Belum habis lagi cite aku tadi kan ? Ni aku nak sambung balik. Kak Wahida cakap, harap-harap dapat la kerja situ. Sebab jalan nak pergi dari rumah kitorang ke Caltex tu takde la jauh sangat kan. So aku pun harap sangat dapat kerja kat situ. Ni aku nak sambung lagi. Lepas je kitorang isi borang dekat Caltex tu, kitorang plan nak pergi cari kat MC (Melaka Sentral). Macam aku cakap tadi, yang dok kat negeri aku tu tau la kat mana MC tu. Then kitorang parking kat belakang MC, ala dekat-dekat ngan bangunan Mydin lama tu. Haa, tibe je kitorang kat sana, kitorang nampak bangunan Hari-hari. So dengan tak lengah kitorang pergi la singgah masuk kat situ jap. Masuk jee, terdengar ucapan biasa, ''Selamat datang,'' haha =D. Aku memang kalau boleh taknak apply kerja kat situ, tapi apply jugak takut takde peluang lain. Lepas isi borang kat situ, kitorang jenjalan kat MC, cari kerja kat situ pulak. Kitorang stop kat kedai yang ada banyak bear-bear. Hee, macam best je keje situ tau. Geram tengok macam-macam ada jual kat situ. Tapi bila tanye, dia cakap ada, tapi dia nak sorang je =(. Aku taknak kerja lain-lain kedai, aku nak kerja ngan akak tu jugak. Kalau boleh, aku nak rapat ngan akak tu, sebab makin aku rapat ngan dia, kesempatan aku nak rapat ngan family si dia lagi senang. Last-last, kitorang tak jadi mintak kat situ. Lepas tu, kitorang plan nak mintak kat Restoran Nasi Ayam CT. Besar jugak restoran dia. Tapi bila masuk jee restoran tu, makk aii bukan main ramai lagi budak laki kerja jat situ. Tak sempat lagi tanye tauke tu kitorang dah lari. Apa-apa pun kitorang memang nak sangat-sangat kerja kat Caltex tu. Nak tau basic dia berapa ? 800 tuu ! Serious aku tak pernah pegang duit sebanyak tu kat tangan aku. Tu yang kitorang mengharap sangat-sangat dapat kerja kat situ.
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Thursday 5 January 2012

0
Komen
Nonsense !

Assalamualaikum. Untuk sape-sape yang tak tau lagi, ni la blog aku yang ketiga. Haa, apesal aku nii ? Tak reti buat belog, jangan ngade-ngade nak buat, kan dah banyak keje tuu. Menyirap betol lah, sakit hati, geram semua ade. Takpelah, lepas ni, kalau belog ni buat hal lagi, aku nak buat spare belog banyak-banyak lah. Takde la nanti bila dah penuh follower aku, last-last dah tak boleh nak update lagi, tak ke bengang nanti ? Ape-ape pun, sangat menyesal sebab tak buat small notes kat handset pasal email & password belog-belog aku dulu :(. Untuk blogger, terima kasih sebab dah buat aku penat layan kau :'). Babaii.

TIRED OF THIS !

/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

0
Komen
Bila Nak Insaf Ni ?

                            Bahaya : Ramai Awek Melayu Telah Jadi FLASHER !



Dengan sekali klik di butang carian imej google melalui gabungan kata carian ''awek + melayu + (dot..dot..dot)'', dengan mudahnya gambar-gambar gadis Melayu separuh lucah terpampang di hadapan skrin komputer anda. Muka Melayu amat mudah dikenali, apatah lagi jika bertudung. Trend merakam aksi lucah sendiri di hadapan kamera di kalangan gadis dan wanita Melayu Islam di Malaysia semakin kronik.

Tiada alat teknologi canggih diperlukan untuk mereka melakukan perbuatan memalukan ini. Cukup dengan sebuah telefon bimbit berkamera 2.0 megapixel di tangan sendiri atau di tangan si photographer. Ya, kadangkala ada pihak kedua yang bersubahat mengambil foto lucah itu, mungkin sahabat atau teman lelaki. Apabila kamera sudah sedia, posisi menggoda dilakonkan dan pakaian mula ditanggalkan. Nauzubillahiminzalik.

Ini bukannya tentang orang India, orang Cina atau orang putih, ini semua cerita benar tentang gadis dan wanita Melayu kita. Ada yang berposing di hadapan kamera bertudung sambil menayang coli, bertudung sambil meramas buah dada. Ada yang mengambil gambar sendiri ketika memakai coli dan seluar dalam di dalam bilik tidur dan ada juga yang berani menunjukkan vagina mereka sendiri di hadapan kamera. Ini bukan lagi fantasi, inilah pornografi Melayu kita.

Timbul persoalan di dalam kepala kita yang waras ini - ''Mengapa mereka sanggup melakukan semua aksi ini ?''. Kata orang tua-tua, gadis-gadis Melayu itu terkenal dengan sifat pemalu dan sopan-santun. Ada beberapa sebab gadis dan wanita Melayu sanggup beraksi lucah dan berbogel di hadapan kamera.


  1. Sebagai hadiah tanda sayang kepada teman lelakinya.
  2. Sebagai bukti bahawa dia percaya kepada teman lelakinya yang suatu hari nanti pasti akan setia dan menikahinya setelah melihat gambar-gambar bogelnya.
  3. Mendapatkan kepuasan seksual secara visual dengan melihat diri masing-masing berkeadaan bogel kerana tidak dapat bersetubuh secara realiti.
  4. Tidak mempunyai teman lelaki, lalu mencuba amalan FLASHER iaitu mendapat suatu keseronokan seksual jika ada lelaki-lelaki di luar dapat menonton gambar bogelnya.
Tidak kira mana-mana pun antara 4 sebab di atas, semuanya adalah sebab-sebab yang keji serta tidak bermaruah dan sangat memalukan bagi bangsa Melayu dan beragama Islam.

Satu kesilapan besar yang dilakukan oleh gadis dan wanita ini ialah mereka menganggap harga pasaran diri mereka akan semakin mahal setelah berseksi-seksi dan berbogel-bogel di hadapan kamera. Sebenarnya, mereka telah menjatuhkan nilai harga diri mereka sebagai wanita ke tahap PELACUR dan WANITA MURAHAN.

Jangan tiru perbuatan di atas !
copied from : WANITAMELAYUSEKSA
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

0
Komen
Fesyen Semakin Pelik



Adakah anda perasan bahawa fesyen tudung Muslimah kini semakin kompleks rekaannya. Namun, apakah tujuan sebenar inovasi fesyen tudung sebegini ? Anda harus berbalik kepada mengapa Allah mensyariatkan Muslimah agar menutup aurat rambut mereka ? Adakah Allah menyuruh mereka bertabarruj ?

Hikmah tersirat disebalik arahan bertudung ke atas para Muslimah adalah agar setiap Muslimah mengamalkan sifat kewanitaan Islamiah yang berpaksikan kesederhanaan personaliti. Islam berkehendakkan umatnya agar bersifat sederhana dan tidak melampau di dalam semua urusan hidup termasuklah dalam cara berfesyen.

Sederhana di dalam amalan bertudung merangkumi aspek rekaan tudung yang dipakai dan cara memakai tudung tersebut. Dahulu, wujud rekaan tudung yang dinamakan tudung bawal atau tudung biasa di Malaysia. Ramai Muslimah Malaysia dilihat memakai tudung sedemikian ke sana ke mari. Ia nampak biasa dan rekaannya sangat mudah, namun, wanita yang memakainya masih nampak feminin serta manis walaupun di dalam kesederhanaan.

Pada masa kini, wujud pelbagai jenis fesyen tudung terkini dengan rekaan yang semakin pelik dan rumit. Ada yang berlilit-lilit, berselendang, berawning, berpintu gerbang, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam-macam aksesori. Tudung pelbagai fesyen sebegini mudah dibeli di merata tempat. Namun, adakah trend ini telah membuatkan kaum Muslimah di Malaysia benar-benar menghayati hikmah amalan bertudung itu ?

Obsesi terhadap fesyen tudung dan kemudian diikuti dengan amalan memperagakan fesyen tudung tersebut boleh menyesatkan kaum Muslimah Malaysia dari niat dan tujuan asal memakai tudung. Perlu diingatkan, bahawa tujuan utama bertudung adalah untuk melindungi aurat dan mendapatkan pahala serta redha Allah, tetapi sebaliknya kini ramai Muslimah telah terdorong untuk bersikap menunjuk-nunjuk aset kecantikan mereka melalui amalan bertudung. Pakar-pakar fesyen semasa pula telah meyakinkan mereka bahawa walau bertudung, Muslimah masih boleh kelihatan 'funky', 'stylish', retro, cute dan juga seksi. Untuk tatapan siapakah penampilan ini semua ?

Betulkah kata orang bahawa segala keindahan hasil daripada inovasi fesyen ini sekadar untuk kepuasan diri pemakai sahaja ? Itu adalah mustahil. Sudah pasti, di dalam diri mereka lambat-laun akan timbul niat dan usaha mahu menunjuk-nunjuk kecantikan itu kepada orang luar yang akhirnya akan membawa mereka kepada Tabarruj.
Buat korang yang taktau ape maksud Tabarruj tu, intai link ni yee =)
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Tuesday 3 January 2012

0
Komen
Happier Moments In My Life

1st January 2012 ----> hari terindah dalam hidup aku. Nak tau sebab ape ? Tarikh ni la yang rapatkan aku dengan si dia balik. Sejak hari aku pergi Langkawi hari tu (16/12/11), hubungan kitorang macam nak THE END dah, aku pun taktau kenapa. Mungkin salah aku, aku yang tak faham dia penat balik kerja, aku desak dia text aku. Hmm, yaa, I know, that's my fault. Tapi aku buat semua tu, sebab aku taknak dia senyapkan diri. Tiba satu malam tu (18/12/11), mase tu aku kat Langkawi lagi, suddenly aku dapat mesej dari cousin dia. Taktau la betul ke tak cousin dia mesej aku. Dia cakap ''Luqman accident''. Aku tak percaya mase tu. Sebab tengok dari gaya mesej dia, aku dapat tau kalau mesej tu dia yang hantar. Aku cam sangat tanda koma dia letak kat mane, gaya ayat yang  dia tulis tu, memang betul lah tu dia. So aku try la call dia malam tu, tapi dia OFF kan handset dia. Esok tu dia mesej aku pulak, aku geram sangat, tengok dia tak reply-reply mesej aku, so aku pun takde la balas mesej dia. Banyak kali dia mesej aku, aku buat dono je. Sampai la aku kat Melaka, dia tak henti-henti pujuk aku, tanye kenapa aku buat dia mcm tu. Aku cuma boleh jawab, AKU TAK TAHU. Setiap kali kitorang mesej, dia tanye kenapa tak layan dia mcm dulu lagi. Last-last aku sedar yang aku ni da melampau sakitkan hati dia. Kalau dia baca entri aku ni, aku nak cakap, AKU MINTA MAAF sangat-sangat kat kau, InsyaAllah, aku takkan buat lagi mcm tu. Ada jugak aku tanya dia, kenapa mcm nak taknak je layan aku masa aku kat Langkawi hari tu. Dia jawab dia buat mcm tu semata-mata taknak ganggu aku holiday kat sana. Aku tak pasti lagi betul ke tak apa yang dia cakap tu. Yang aku syak, dia risaukan aku bila aku jauh dari dia. Dia cakap dia tak tahan, peha dia dah mula berdarah, dari situ lah aku tau dia tak tipu aku pasal accident tu. Sayang, aku minta maaf, aku janji takkan buat kau nangis lagi, InsyaAllah :').

Sampai la masanya aku rase aku nak baiki balik hubungan kitorang. Kitorang picnic sama-sama kat Pantai Saujana (Port Dickson), buat barbecue sama-sama, buat cocktail sama-sama. Dia tukang bukak tin susu, aku dengan BFF aku bancuh cocktail. It's so funny I thought =D. Moment yang indah time kitorang jenjalan kat tepi pantai, happy sangat. Snapping picture sama-sama. Nak tengok tak gamba hari tu ? Tak banyak pun, sikit je =).



                                                                       O W N E R


                                                               Boyfiee saya yang tercinta ♥


                                                                         K ♥ A ♥ M ♥ I









p/s :: Aku sayang kau sangat-sangat Luqman, hope our relationship will never die. Aminn. :')
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

0
Komen
Perang Tamat



                                                                  MA107A034

Akhirnya tamat dah exam aku. Setelah sekian lama bertungkus-lumus study, study, study. Alhamdulillah. Rasa lega sangat-sangat hati ni sebab dah tak payah nak fikir macam-macam lagi pasal exam lah,, PEKA lah, koku lah, sukan lah, hafal formula lah, dan macam-macam lagi lah perkara-perkara mencabar. Aku dah melalui semua tu sampai dapat menduduki exam terpenting dalam hidup setiap orang. Rasa beban yang terpikul kat bahu ni sejak 16 tahun yang lalu dah mula ringan =). Macam setiap orang, aku pun nak result yang terbaik. Tapi kebiasaannya, tak semua yang kita harap-harapkan akan dapat kita capai, betul tak ? Aku amek 9 subjek je. First paper (14/11/11), aku sit kat dalam hall untuk jawab soalan BM. Not bad lah, rasanya tak sesusah Trial Exam haritu. Second paper, BI. Same je macam exam BM senang & susah dia. Next paper, favourite subject aku ni, Sejarah (ni kalau tak dapat A ni memang malu tahap dewa okay). Aku minat subjek ni pun bukan sebab aku suka cikgu dia, tapi aku suka kaedah penghafalan, taktau kenapa, memang dari dulu lagi dah minat. Tapi taktau la apa result yang keluar nanti. Kata ustazah, lepas dah usaha, kita serahkan je semua kat Allah, lagipun aku tau, hanya Dia je perancang terbaik. Lepas tu, aku jawab paper Maths pulak. Rasenye agak susah sikit daripada Trial Exam hari tu =(. Next, aku jawab paper agama. Alhamdulillah, taktau kenapa, mase jawab exam agama tu, rase tenang je hati nih. Kuasa Allah mungkin =). Agama ni pun dah terlist sebagai salah satu subjek feveret aku. Agama selesai sudah, muncul pulak subject killer, Add Maths =(. Dengan harapan, aku cuba jawab sebaik mungkin. Berderet pulak hari-hari untuk subjek membunuh ni tau ! Lepas tu, Physic pulak muncul. Mase tu, Allah je yang tahu perasaan aku cemane aku hentam jawapan kat paper tu. Aku tak mengharap pun subjek ni dapat A. Pass pun dah bersyukur sangat-sangat. Lepas habis je Physic, diikuti pulak paper Chemistry. Selesai je jawab paper Chemistry paper 3, dalam hati, lega sangat-sangat sebab subject killer tu da habis jawab. Ketibaan paper yang dinanti-nanti, Lukisan Kejuruteraan. Mase tu (6/12/11), rase tak sabar sangat nak pegang paper LK tu. Alhamdulillah, aku sempat sentuh (jawab) semua page macam cikgu suruh. Tapi tak keseluruhannya aku dapat jawab penuh. Apa-apa pun, aku lega sangat sebab aku dah berusaha betul-betul mase nak dekat exam LK hari  tu. Alhamdulillah =).
Let I show you what I've guessed which a suitable gred for all of this nine subject ::


  • BM = B
  • BI = B
  • Sejarah = A
  • Mathematics = A
  • Pendidikan Agama Islam = A
  • Additional Mathematics = D
  • Physic = capital F or G (F stand for Failed & G stand for Gagal)
  • Chemistry = capital F or G (F stand for Failed & G stand for Gagal)
  • Lukisan Kejuruteraan = A

p/s :: Semua yang di atas hanya ilusi semata-mata, belum sah menjadi realiti lagi. Kita tengok betul ke tak sangkaan aku nanti okay ? March, I'm waiting.
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Monday 2 January 2012

0
Komen
Tahun Baru =)



Happy New Year ! (walaupun dah terlebih hari)
Kalau cerita pasal tahun baru jee, mesti orang tanye camni, ''Ape azam kau tahun baru ni ?'' kann ? So nak cerita azam aku tahun ni.

*Nak berubah dari segi fizikal (kesihatan), mental (setia) dan rohani (turn to Allah).  =)
*Nak dapatkan result yang mantap for SPM, insyaAllah.
*Nak cuba setia, taknak curang lagi. =(
*Nak pegang duit sendiri, taknak susahkan mak lagi.
*Blog follower bertambah dari 0 ---> 100. (50 pun jadi lah, sebab baru buat kann ?)
*Friends FB 692 (sekarang) ---> 1000  (boleh ke ?)
*Sebuah kamera kat tangan aku (tak kesah lerr ape-ape jenis punn)
*Teringin sangat nak masuk Universiti ke, matriks ke, or mana-mana politeknik, kalau tak dapat, apply college pun dah okay.
*Lulus sekali test komputer, pastu dah boley bawak kete, bawak si dia jalan-jalan ! =D
*Taknak tinggal solat. Sangat berharap.

p/s :: Banyak lagi lah, by the way, ni dah macam wishlist dah aku tengok. Ni baru sikit, azam yang lain, coming soon.
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...