♥ RENUNGAN ♥

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Visitors ♥

Monday 9 January 2012

0
Komen
Survey Project


Asslamualaikum.
Hari ni terasa nak menulis entri lah. Dah lame tak create new entry. So aku nak story sikit lah pasal ape yang aku dah lalui hari ni. Tadi aku baru je pergi survey cari kerja. Al maklum lah, baru je habis sekolah kan ? Member-member aku ramai yang dah kerja. Jealous je bila dengar dorang dah ada kerja dorang sendiri. Lagi-lagi yang dah ada lesen motor, keta, wah makin jealous dengar. Nasib baik lah kak Wahida sudi nak tolong aku cari kerja together-gether. Whoa best time tu, rata kitorang merayau. Mula-mula mintak kat Caltex, ala dekat-dekat ngan kubur Bukit Katil tuu. Yang budak Melaka tau lah kat mane Bukit Katil tu, yang budak bukan negeri aku, pandai-pandai la korang yee, hehe. Sorry gurau je. Takde ayat lagi lah, saje nak memenuhkan ruang entri aku ni. Eh ! Belum habis lagi cite aku tadi kan ? Ni aku nak sambung balik. Kak Wahida cakap, harap-harap dapat la kerja situ. Sebab jalan nak pergi dari rumah kitorang ke Caltex tu takde la jauh sangat kan. So aku pun harap sangat dapat kerja kat situ. Ni aku nak sambung lagi. Lepas je kitorang isi borang dekat Caltex tu, kitorang plan nak pergi cari kat MC (Melaka Sentral). Macam aku cakap tadi, yang dok kat negeri aku tu tau la kat mana MC tu. Then kitorang parking kat belakang MC, ala dekat-dekat ngan bangunan Mydin lama tu. Haa, tibe je kitorang kat sana, kitorang nampak bangunan Hari-hari. So dengan tak lengah kitorang pergi la singgah masuk kat situ jap. Masuk jee, terdengar ucapan biasa, ''Selamat datang,'' haha =D. Aku memang kalau boleh taknak apply kerja kat situ, tapi apply jugak takut takde peluang lain. Lepas isi borang kat situ, kitorang jenjalan kat MC, cari kerja kat situ pulak. Kitorang stop kat kedai yang ada banyak bear-bear. Hee, macam best je keje situ tau. Geram tengok macam-macam ada jual kat situ. Tapi bila tanye, dia cakap ada, tapi dia nak sorang je =(. Aku taknak kerja lain-lain kedai, aku nak kerja ngan akak tu jugak. Kalau boleh, aku nak rapat ngan akak tu, sebab makin aku rapat ngan dia, kesempatan aku nak rapat ngan family si dia lagi senang. Last-last, kitorang tak jadi mintak kat situ. Lepas tu, kitorang plan nak mintak kat Restoran Nasi Ayam CT. Besar jugak restoran dia. Tapi bila masuk jee restoran tu, makk aii bukan main ramai lagi budak laki kerja jat situ. Tak sempat lagi tanye tauke tu kitorang dah lari. Apa-apa pun kitorang memang nak sangat-sangat kerja kat Caltex tu. Nak tau basic dia berapa ? 800 tuu ! Serious aku tak pernah pegang duit sebanyak tu kat tangan aku. Tu yang kitorang mengharap sangat-sangat dapat kerja kat situ.
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...