♥ RENUNGAN ♥

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Visitors ♥

Tuesday 3 January 2012

0
Komen
Happier Moments In My Life

1st January 2012 ----> hari terindah dalam hidup aku. Nak tau sebab ape ? Tarikh ni la yang rapatkan aku dengan si dia balik. Sejak hari aku pergi Langkawi hari tu (16/12/11), hubungan kitorang macam nak THE END dah, aku pun taktau kenapa. Mungkin salah aku, aku yang tak faham dia penat balik kerja, aku desak dia text aku. Hmm, yaa, I know, that's my fault. Tapi aku buat semua tu, sebab aku taknak dia senyapkan diri. Tiba satu malam tu (18/12/11), mase tu aku kat Langkawi lagi, suddenly aku dapat mesej dari cousin dia. Taktau la betul ke tak cousin dia mesej aku. Dia cakap ''Luqman accident''. Aku tak percaya mase tu. Sebab tengok dari gaya mesej dia, aku dapat tau kalau mesej tu dia yang hantar. Aku cam sangat tanda koma dia letak kat mane, gaya ayat yang  dia tulis tu, memang betul lah tu dia. So aku try la call dia malam tu, tapi dia OFF kan handset dia. Esok tu dia mesej aku pulak, aku geram sangat, tengok dia tak reply-reply mesej aku, so aku pun takde la balas mesej dia. Banyak kali dia mesej aku, aku buat dono je. Sampai la aku kat Melaka, dia tak henti-henti pujuk aku, tanye kenapa aku buat dia mcm tu. Aku cuma boleh jawab, AKU TAK TAHU. Setiap kali kitorang mesej, dia tanye kenapa tak layan dia mcm dulu lagi. Last-last aku sedar yang aku ni da melampau sakitkan hati dia. Kalau dia baca entri aku ni, aku nak cakap, AKU MINTA MAAF sangat-sangat kat kau, InsyaAllah, aku takkan buat lagi mcm tu. Ada jugak aku tanya dia, kenapa mcm nak taknak je layan aku masa aku kat Langkawi hari tu. Dia jawab dia buat mcm tu semata-mata taknak ganggu aku holiday kat sana. Aku tak pasti lagi betul ke tak apa yang dia cakap tu. Yang aku syak, dia risaukan aku bila aku jauh dari dia. Dia cakap dia tak tahan, peha dia dah mula berdarah, dari situ lah aku tau dia tak tipu aku pasal accident tu. Sayang, aku minta maaf, aku janji takkan buat kau nangis lagi, InsyaAllah :').

Sampai la masanya aku rase aku nak baiki balik hubungan kitorang. Kitorang picnic sama-sama kat Pantai Saujana (Port Dickson), buat barbecue sama-sama, buat cocktail sama-sama. Dia tukang bukak tin susu, aku dengan BFF aku bancuh cocktail. It's so funny I thought =D. Moment yang indah time kitorang jenjalan kat tepi pantai, happy sangat. Snapping picture sama-sama. Nak tengok tak gamba hari tu ? Tak banyak pun, sikit je =).



                                                                       O W N E R


                                                               Boyfiee saya yang tercinta ♥


                                                                         K ♥ A ♥ M ♥ I









p/s :: Aku sayang kau sangat-sangat Luqman, hope our relationship will never die. Aminn. :')
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...