♥ RENUNGAN ♥

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Visitors ♥

Tuesday 3 January 2012

0
Komen
Perang Tamat



                                                                  MA107A034

Akhirnya tamat dah exam aku. Setelah sekian lama bertungkus-lumus study, study, study. Alhamdulillah. Rasa lega sangat-sangat hati ni sebab dah tak payah nak fikir macam-macam lagi pasal exam lah,, PEKA lah, koku lah, sukan lah, hafal formula lah, dan macam-macam lagi lah perkara-perkara mencabar. Aku dah melalui semua tu sampai dapat menduduki exam terpenting dalam hidup setiap orang. Rasa beban yang terpikul kat bahu ni sejak 16 tahun yang lalu dah mula ringan =). Macam setiap orang, aku pun nak result yang terbaik. Tapi kebiasaannya, tak semua yang kita harap-harapkan akan dapat kita capai, betul tak ? Aku amek 9 subjek je. First paper (14/11/11), aku sit kat dalam hall untuk jawab soalan BM. Not bad lah, rasanya tak sesusah Trial Exam haritu. Second paper, BI. Same je macam exam BM senang & susah dia. Next paper, favourite subject aku ni, Sejarah (ni kalau tak dapat A ni memang malu tahap dewa okay). Aku minat subjek ni pun bukan sebab aku suka cikgu dia, tapi aku suka kaedah penghafalan, taktau kenapa, memang dari dulu lagi dah minat. Tapi taktau la apa result yang keluar nanti. Kata ustazah, lepas dah usaha, kita serahkan je semua kat Allah, lagipun aku tau, hanya Dia je perancang terbaik. Lepas tu, aku jawab paper Maths pulak. Rasenye agak susah sikit daripada Trial Exam hari tu =(. Next, aku jawab paper agama. Alhamdulillah, taktau kenapa, mase jawab exam agama tu, rase tenang je hati nih. Kuasa Allah mungkin =). Agama ni pun dah terlist sebagai salah satu subjek feveret aku. Agama selesai sudah, muncul pulak subject killer, Add Maths =(. Dengan harapan, aku cuba jawab sebaik mungkin. Berderet pulak hari-hari untuk subjek membunuh ni tau ! Lepas tu, Physic pulak muncul. Mase tu, Allah je yang tahu perasaan aku cemane aku hentam jawapan kat paper tu. Aku tak mengharap pun subjek ni dapat A. Pass pun dah bersyukur sangat-sangat. Lepas habis je Physic, diikuti pulak paper Chemistry. Selesai je jawab paper Chemistry paper 3, dalam hati, lega sangat-sangat sebab subject killer tu da habis jawab. Ketibaan paper yang dinanti-nanti, Lukisan Kejuruteraan. Mase tu (6/12/11), rase tak sabar sangat nak pegang paper LK tu. Alhamdulillah, aku sempat sentuh (jawab) semua page macam cikgu suruh. Tapi tak keseluruhannya aku dapat jawab penuh. Apa-apa pun, aku lega sangat sebab aku dah berusaha betul-betul mase nak dekat exam LK hari  tu. Alhamdulillah =).
Let I show you what I've guessed which a suitable gred for all of this nine subject ::


  • BM = B
  • BI = B
  • Sejarah = A
  • Mathematics = A
  • Pendidikan Agama Islam = A
  • Additional Mathematics = D
  • Physic = capital F or G (F stand for Failed & G stand for Gagal)
  • Chemistry = capital F or G (F stand for Failed & G stand for Gagal)
  • Lukisan Kejuruteraan = A

p/s :: Semua yang di atas hanya ilusi semata-mata, belum sah menjadi realiti lagi. Kita tengok betul ke tak sangkaan aku nanti okay ? March, I'm waiting.
/>
ツ THANK YOU FOR READING ツ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...